CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 14 September 2011

Kalau sampai Lahad Datu

Kalau sampai Lahad Datu

Get cash from your website. Sign up as affiliate. Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Tawau - Sandakan. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Lahad Datu... kasi tau pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Lahad Datu belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor saja bah.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai pakcik akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu bas untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Lahad Datu ka belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau sudah sampai di Lahad Dato.. pakcik dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Lahad Datu.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi check point Sandakan.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Lahad Datu... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Lahad Datu..

Sesampai di Lahad Datu... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai Lahad Dato! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Lahad Datu?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Lahad Datu.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Kalau perempuan lawa pendiam

Get cash from your website. Sign up as affiliate. "Kalau perempuan lawa pendiam , Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...

"kalau perempuan tak lawa pendiam , Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

"kalau perempuan lawa berbuat jahat , Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian

"kalau perempuan tak lawa berbuat jahat , Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

"kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu , Lelaki akan cakap: heroin sejati...!

" kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu , Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

"kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: ok gak la....

" kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

"kalau perempuan lawa ditinggal kekasih . Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....

"kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih , Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

" kalau perempuan lawa penyayang binatang , Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh
kasih sayang

"kalau perempuan tak lawa penyayang binatang , Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi...

"kalau perempuan lawa bawa BMW , Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....

" kalau perempuan tak lawa bawa BMW " Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

"kalau perempuan lawa tak mau bergambar , Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar

" kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar , Lelaki akan kata: sedar pun diri...

" kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: caring sungguh....

" kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

"kalau perempuan lawa bersedih hati , Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever

"kalau perempuan tak lawa bersedih hati ,Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

"kalau perempuan lawa masak , Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu...

"kalau perempuan tak lawa masak , Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

"kalau perempuan lawa main2 miss call , Lelaki akan kata: takpe...

" kalau perempuan tak lawa main2 miss call , Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk
ni tau..

" kalau perempuan lawa hantar2 email , Lelaki akan kata: sukenya....

"kalau perempuan tak lawa hantar2 email , Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring